Selasa, 18 April 2017

ARTIS POPULAR BERSAMA MUALANG BERAMAL DI MERU

ARTIS POPULAR BERSAMA MUALANG BERAMAL DI MERU

APRIL 17, 2017
FAROL MUSTAFA

PRIHATIN kisah sedih masyarakat tempatan, Pertubuhan Kebajikan Muafakat Terbilang Malaysia (MUALANG) akan mengadakan satu program bagi mengumpul dana kepada pihak yang memerlukan.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara yang berlangsung salam dua hari bermula pada 21 April ini. Pelbagai acara diatur sepanjang hari bertempat di Dewan orang ramai Meru, Klang, Selangor.

Bermula seawal jam 8.00 pagi acara yang telah dirancang adalah seperti pertandingan karaoke, futsal, senam aerobik dan persembahan artis.

Program ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk bertemu artis popular tanah air. Antara yang akan hadir adalah Datuk Ramli Sarip, Jimmy Screen, Tia Jinbara, DJ Poo;, Ariffin Teo, Mualang Busker dan ramai lagi.

Kemuncak acara ini adalah program makan malam yang berlangsung selama dua hari berkenaan. Penglibatan lebih ramai pihak diharapkan agar matlamat program berjaya untuk membantu golongan susah.

Bagi mereka yang ingin turut serta, boleh menghubungi talian 018-3239105 dan 012-3007144 untuk sebarang pertanyaan.

http://instaonline.com.my/artis-popular-bersama-mualang-beramal-di-meru/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJLIS MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG MALAYSIA DI KLANG SELANGOR PADA 30-08-2019 @ 09:00 MALAM.

MAJLIS MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG MALAYSIA DI KLANG SELANGOR PADA 30-08-2019 @ 09:00 MALAM. TURUT HADIR WAKIL AHLI-AHLI MUALANG DARI ME...