Jumaat, 19 Mei 2017

Isu Perobohan Kedai Makan di Bayu Perdana, Klang, Selangor Menyebabkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Muafakat Terbilang Malaysia @ MUALANG MALAYSIA Terpanggil Untuk Membantu Menyelesaikannya.

Isu Perobohan Kedai Makan di Bayu Perdana, Klang, Selangor Menyebabkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Muafakat Terbilang Malaysia @ MUALANG MALAYSIA Terpanggil Untuk Membantu Menyelesaikannya.

Bertarikh 18-05-2017 @ 02:30 Hrs

Presiden Pertubuhan Kebajikan Muafakat Terbilang Malaysia atau MUALANG MALAYSIA hadir menemuramah Peniaga dan Penduduk di sini berkaitan isu perobohan lebih 20 Kedai makan menyebabkan mereka tiada lagi tempat bergantung mencari rezeki.

Luahan mereka mohon belas ihsan untuk dibenarkan berniaga di sini kerana kami tidak mampu menyewa kedai dan tiada kedai milik MPK yang boleh di sewa untuk berniaga makanan di Flat Bayu Perdana dekat sini.

Kelmarin, binaan tambahan di luar rumahnya bersama puluhan peniaga dan pemilik rumah lain dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Keadaan itu menyebabkan peniaga serta pemilik rumah di kawasan itu buntu serta bimbang nasib mereka.

Pengerusi Mualang Malaysia Cawangan Bayu Juga menjelaskan Perniaga-Perniaga terkilan kerana gerai yang dibina beberapa tahun lalu dan menjadi sumber pendapatannya sekeluarga dirobohkan.
Peniaga yang berniaga makanan secara kecil-kecilan di depan rumah ini adalah untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka untuk meneruskan kehidupan.
Menurut Peniaga juga mereka tidak mampu menyewa kedai berikutan kadar sewa tinggi selain lokasinya jauh.

Sepanjang berniaga kecil-kecilan di sini, Peniaga mampu memperoleh RM50 hingga RM150 sehari dan jika menyewa kedai, sudah tentu kadar sewanya tinggi.
Presiden Mualang Malaysia mengharapkan pihak berkuasa menyediakan tempat untuk mereka berniaga tanpa sebarang masalah seperti mana semalam.
Mereka mengadu ada menerima notis kelmarin dan diminta membuka struktur kedainya dengan segera.

“Saya sudah berniaga lebih 10 tahun di sini dan ini kali pertama tindakan ini diambil."
"Kami berharap pihak berkenaan memberi peluang kepada kami untuk berniaga kerana ini punca rezeki kami,” Luahan Peniaga-Peniaga.

Pengerusi Mualang Malaysia Cawangan Bayu iaitu Salju Tapong, 70, berkata, tindakan itu bukan saja merugikan penduduk dan peniaga tetapi menyukarkan mereka untuk membeli barangan keperluan serta makanan.

Jika semua peniaga di sini dikenakan tindakan, di mana kami mahu membeli barang kerana penghuni atau keluarga yang tinggal lebih dari 10 ribu orang di Flat ini.

Presiden Mualang Malaysia mengharapkan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat campur tangan dalam menyelesaikan isu secepat mungkin kerana luahan yang diberikan oleh peniaga ke mana arah mereka untuk mencari pendapatan sedang kami sudah hampir dengan ketibaan bulan ramadhan yang menambah kesedihan kami ekoran hilang punca pendapatan daripada berniaga.

Masyarakat Flat ini juga menjelaskan sudah tiada tempat untuk mereka memperolehi perkhidmatan makan dan minum kerana kedai telah dirobohkan. Mereka menjelaskan makan di sini lebih murah berbanding kedai di luar sana. Masalahnya kedai makan diluar sana, lokasinya jauh menyukarkan penduduk di sini bergerak. Hal ini kerana lebih kurang 60% peratus penduduk di sini tidak memiliki kenderaan.

Presiden Mualang Malaysia turut memberi sumbangan kepada beberapa orang peniaga yang daif dan mengalami kerugian ekoran isu ini agar dapat mengurangkan beban mereka untuk meneruskan kehidupan terutama melibatkan peniaga Ibu Tunggal yang mempunyai 10 orang anak serta peniaga yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJLIS MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG MALAYSIA DI KLANG SELANGOR PADA 30-08-2019 @ 09:00 MALAM.

MAJLIS MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG MALAYSIA DI KLANG SELANGOR PADA 30-08-2019 @ 09:00 MALAM. TURUT HADIR WAKIL AHLI-AHLI MUALANG DARI ME...