Rabu, 7 Disember 2016

SIAPAKAH PADUKA AYAHANDA BOSS JOHN DRAGON ???

PADUKA AYAHANDA BOSS JOHN atau lebih dikenali dengan panggilan BOSS JOHN KOMANDO adalah merupakan salah satu Pengasas kepada Pertubuhan MuaLang Malaysia. Beliau merupakan seorang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Degree) dan Sarjana Sains (Master). Beliau merupakan Seorang Ahli Perniagaan dan Kontraktor yang Aktif dalam pelbagai Projek Hartanah, Pembangunan, Pembinaan, Elektrikal dan sebagainya. Beliau Bergiat Aktif di dalam pertubuhan sejak dari tahun 2000. Beliau pernah Dilantik Menjadi Penasihat atau Penaung lebih kurang 15 Pertubuhan di Malaysia dari segi memberi Khidmat nasihat Kaunseling, Undang-Undang, Perniagaan dan Sebagainya.

Kebanyakkan Ahli-Ahli dari Pertubuhan atau masyarakat Awam Lebih mengenali nama beliau kerana banyak menyelesaikan pelbagai kes serta masalah Masyarakat dan Ahli-Ahli Pertubuhan. Kes yang pernah diselesaikan oleh BOSS JOHN seperti kes Pinjaman Wang Haram (Ah Long), Kes Perselisihan Faham melibatkan pelbagai Kaum seperti Melayu, Cina dan India, Kes Penipuan jual beli kenderaan, Kes Hutang Wang antara individu dengan individu yang lain, Kes perganduhan Isteri/Suami Curang dengan orang lain, Kes Perebutan kawasan (Parking Kereta, Pengawal Keselamatan, Tarik Kereta, Perniagaan Dll), Kes Dendam lama, Kes kemalangan jalan raya yang berlarutan kepada pergaduhan. Beliau juga turut membantu masyarakat dalam Hal kebajikan golongan Miskin yang layak menerima bantuan, Individu cacat yang terlepas pandang untuk didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), Golongan Muallaf yang terpinggir dan sebagainya.

Beliau menjelaskan akan Menegak dan memperjuangkan syiar islam iaitu agama rasmi sesuai dengan ajaran al-quran dan al-hadis serta menwujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada ke bawah duli yang maha mulia yang dipertua agong, sultan-sultan, dan raja-raja melayu, kerajaan dan pemerintah dan mematuhi perlembagaan dan prinsip-prinsip rukun negara. Beliau juga akan berusaha Membentuk anak bangsa pelbagai etnik dan budaya ke arah yang bermoral dan beriktikaf kepada agama, bangsa dan negara serta menganjurkan pelbagai kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli serta masyarakat malaysia dan juga menjana ekonomi di dalam pertubuhan ini serta Memupuk disiplin diri, kepimpinan dan kecergasan fizikal di kalangan ahli-ahli serta menggalakkan ahli-ahli mengisi waktu lapang mereka dengan kegiatan yang lebih berfaedah dan bermanfaat.

Beliau juga akan berusaha menwujudkan hubungan etnik yang bersatu padu tanpa mengira agama, bangsa, budaya dan sebagainya dalam menjadikan sebuah negara malaysia yang lebih harmoni serta menjalankan pelbagai aktiviti sosial yang berfaedah di peringkat cawangan, daerah, negeri dan kebangsaan bagi Pertubuhan MuaLang Malaysia Khasnya dan Peringkat Negara Malaysia Amnya.

Beliau akan memastikan Pertubuhan ini akan menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan, memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan menganjurkan program dan aktiviti kesihatan dengan tujuan melahirkan masyarakat yang sihat serta akan mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara, memupuk nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dan orang-orang dewasa bagi melahirkan generasi yang berhemah tinggi dan menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJLIS MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG MALAYSIA DI KLANG SELANGOR PADA 30-08-2019 @ 09:00 MALAM.

MAJLIS MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG MALAYSIA DI KLANG SELANGOR PADA 30-08-2019 @ 09:00 MALAM. TURUT HADIR WAKIL AHLI-AHLI MUALANG DARI ME...