Rabu, 31 Ogos 2016

PERUTUSAN PRESIDEN MUALANG MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-59 TAHUN.

PERUTUSAN PRESIDEN MUALANG MALAYSIA.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
وَبَرَكَاتهُ

. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

*ERTI KEMERDEKAAN BAGI IMAN & ISLAM*

Semoga kita semua dianugerahkan kesihatan dan keceriaan hendaknya.

Merdeka adalah *bebas* dari sesutu yang cengkaman. Namun bebas bukan bermaksud bebas dari sebarang ikatan atau peraturan. Dalam islam ada istilah hamba. Hamba, menghambakan atau kehambaan adalah bahasa yang kdg kita tidak faham pengertiannya.

Hamba adalah taat. Menghambakan adalah melaksanakan ketaatan. Kehambaan adalah sifat-sifat taat.

Balik kita kpd erti merdeka. Merdeka dilihat dari perpektif islam adalah bebas dari kejahilan, keingkaran, ketaksufan serta kelalaian. Lebih penting bebas dari sifat-sifat mazmumah, syirik & kekufuran.

Kesimpulan untuk merdeka itu wajib mencari jln keluar dgn mengikis belenggu tadi & diisi dgn taat iaitu peraturan iman & islam. Mengerjakan amal makruf & menjauhi mungkar. Wajiblah mengenal sifat kehambaan & sifat ketuhanan supaya tidak mencampur-adukkan urusan hak & bathil.

*Meraikan kemerdekaan* adalah dgn sama-sama memelihara hablum minallah, minan nas, minal mahluk. Menjalani hidup sebagai muslim yang baik serta bertoleransi sesama islam juga sesama agama lain dgn prinsip yg tidak bercanggah dgn hukum-hakam.

*Mengekalkan kemerdekaan* adalah istikomah dgn aegala urusan agama, bangsa & negara. Fahami islam dgn jelas. Tidak salah menyalah. Sedia menerima teguran dan apabila berhadapan dgn masalah apa jua pun, kembalilah kpd kalimah tauhid & kalimah rasul. Berpegang teguh kpd quran & hadis.

Urusan dunia jgn sampai memecah belahkan ummah. Urusan akhirat muafakatlah walau berbeza pendapat ideologi. Duduk muzakarah demi allah & rasul.

*SELAMAT HARI MERDEKA 2016*
*PERUTUSAN PRESIDEN MUALANG MALAYSIA*
*PADUKA AYAHANDA BOSS LIE*

Assalamualaikum wbt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJLIS MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG MALAYSIA DI KLANG SELANGOR PADA 30-08-2019 @ 09:00 MALAM.

MAJLIS MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG MALAYSIA DI KLANG SELANGOR PADA 30-08-2019 @ 09:00 MALAM. TURUT HADIR WAKIL AHLI-AHLI MUALANG DARI ME...