Rabu, 31 Ogos 2016

PERUTUSAN PRESIDEN MUALANG MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-59 TAHUN.

PERUTUSAN PRESIDEN MUALANG MALAYSIA.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
وَبَرَكَاتهُ

. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

*ERTI KEMERDEKAAN BAGI IMAN & ISLAM*

Semoga kita semua dianugerahkan kesihatan dan keceriaan hendaknya.

Merdeka adalah *bebas* dari sesutu yang cengkaman. Namun bebas bukan bermaksud bebas dari sebarang ikatan atau peraturan. Dalam islam ada istilah hamba. Hamba, menghambakan atau kehambaan adalah bahasa yang kdg kita tidak faham pengertiannya.

Hamba adalah taat. Menghambakan adalah melaksanakan ketaatan. Kehambaan adalah sifat-sifat taat.

Balik kita kpd erti merdeka. Merdeka dilihat dari perpektif islam adalah bebas dari kejahilan, keingkaran, ketaksufan serta kelalaian. Lebih penting bebas dari sifat-sifat mazmumah, syirik & kekufuran.

Kesimpulan untuk merdeka itu wajib mencari jln keluar dgn mengikis belenggu tadi & diisi dgn taat iaitu peraturan iman & islam. Mengerjakan amal makruf & menjauhi mungkar. Wajiblah mengenal sifat kehambaan & sifat ketuhanan supaya tidak mencampur-adukkan urusan hak & bathil.

*Meraikan kemerdekaan* adalah dgn sama-sama memelihara hablum minallah, minan nas, minal mahluk. Menjalani hidup sebagai muslim yang baik serta bertoleransi sesama islam juga sesama agama lain dgn prinsip yg tidak bercanggah dgn hukum-hakam.

*Mengekalkan kemerdekaan* adalah istikomah dgn aegala urusan agama, bangsa & negara. Fahami islam dgn jelas. Tidak salah menyalah. Sedia menerima teguran dan apabila berhadapan dgn masalah apa jua pun, kembalilah kpd kalimah tauhid & kalimah rasul. Berpegang teguh kpd quran & hadis.

Urusan dunia jgn sampai memecah belahkan ummah. Urusan akhirat muafakatlah walau berbeza pendapat ideologi. Duduk muzakarah demi allah & rasul.

*SELAMAT HARI MERDEKA 2016*
*PERUTUSAN PRESIDEN MUALANG MALAYSIA*
*PADUKA AYAHANDA BOSS LIE*

Assalamualaikum wbt.

KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-59.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA KE-59. SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENGHAYATI ERTI KEMERDEKAAN YANG SEBENAR.

Khamis, 25 Ogos 2016

BORANG PERMOHONAN AHLI MUALANG MALAYSIA FASA 3/2016. TIADA CAS YURAN PENDAFTARAN DIKENAKAN, TETAPI TERHAD UNTUK 5000 ORANG AHLI SAHAJA.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

UNTUK MAKLUMAN, HASIL KEPUTUSAN MESYUARAT PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA PERINGKAT PUSAT BERSETUJU BAGI MANA-MANA INDIVIDU YANG MENGISI BORANG PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI DI DALAM PERTUBUHAN INI TIDAK AKAN DIKENAKAN YURAN PENDAFTARAN KEAHLIAN (PERCUMA) OLEH PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA BAGI FASA 3/2016. YURAN KEAHLIAN TERSEBUT AKAN DITANGGGUNG SEPENUHNYA OLEH PERTUBUHAN MUALANG PUSAT TETAPI TERHAD UNTUK KUOTA 5000 ORANG AHLI SAHAJA. BAGI PEMOHON YANG LAMBAT MENGISI DAN MENGHANTAR BORANG INI SELEPAS KUOTA TERSEBUT AKAN DIKENAKAN CAS YURAN PENDAFTARAN SEPERTI BIASA IAITU SEBANYAK RM50.00 SAHAJA.

KEAHLIAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA ETNIK / KAUM SEPERTI MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN. BAGI MANA-MANA AHLI YANG MASIH BELUM BERDAFTAR ATAU MANA-MANA INDIVIDU YANG LAIN BERMINAT UNTUK MENYERTAI PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA INI AMAT DIALU-ALUKAN MENYERTAINYA DENGAN BERDAFTAR SERTA MENGISI BORANG PERTUBUHAN INI.

SILA CETAK BORANG DI SINI DAN ISI DI DALAM RUANGAN A, B & C SEPERTI BERIKUT:-

1. LEKATKAN GAMBAR BERUKURAN PASPORT.
2. NEGERI, DAERAH DAN PARLIMEN YANG ANDA BERMASTAUTIN.
3. NAMA PENUH SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN.
4. NO KAD PENGENALAN LAMA.
5. NO KAD PENGENALAN BARU.
6. JANTINA (LELAKI/PEREMPUAN)
7. PEKERJAAN.
8. KELULUSAN PELAJARAN (PMR/SPM/STPM/IJAZAH DLL).
9. STATUS PERKAHWINAN (BUJANG/KAHWIN/JANDA/DUDA).
10. BANGSA (MELAYU/CINA/INDIA DLL)
11. BACA PENGAKUAN  DAN TANDATANGAN DI BAWAH.
12. CAP JARI KIRI DAN KANAN (ABAIKAN).
13. TARIKH.
14. ISI MAKLUMAT KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA BAGI PEMOHON BERUMUR 18 TAHUN KE BAWAH.

SILA HANTAR BORANG TERSEBUT KE ALAMAT SEPERTI BERIKUT:

PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA.
TINGKAT 20, WISMA MPL,
JALAN RAJA CHULAN,
50200 KUALA LUMPUR.

Makluman:-
Pastikan Semua Pemohon Menggunakan Sampul Surat Bersaiz A4 Dan Setem Bernilai RM1.00

Ahad, 14 Ogos 2016

PESANAN IMAM SHAFIEE SEBELUM MENINGGAL DUNIA

*PESANAN IMAM SHAFIEE SEBELUM MENINGGAL DUNIA*

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia,
beliau sempat mengajak sahabat-
sahabatnya agar membuat perubahan
jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa
yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat, maka lakukanlah 10
perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan
mengurangkan tidur, mengurangkan
makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu
menqada’kan segala kewajipan yang
tertinggal, iaitu dengan memohon maaf
daripada orang yang dizalimi, membuat
persiapan untuk mati dan merasa cinta
kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang
tabiat suka menabur fitnah, jangan
suka kencing merata,
memperbanyakkan solat tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan
Nakir, iaitu jangan berkata dusta,
sering berkata benar, meninggalkan
maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan
kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas
dalam amalan dan sanggup
menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang
tabiat suka mengumpat, wara’, bantu
orang beriman dan hidup dalam
suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu
menangis lantaran takutkan kepada
ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah,
membuat kebaikan kepada ibubapa dan
memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan,
penjaga syurga, iaitu redha kepada
qada’ ALLAH s.w.t., saba menerima
bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu
dengan sering bersalawat kepada
baginda, berpegang kepada sunnahnya
dan bersaing mencari kelebihan dalam
beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak
manusia kepada kebaikan, mencegah
manusia daripada melakukan
kemungkaran, bencikan kepada
sebarang maksiat dan tidak melakukan
kejahatan.

*Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.* *Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.* *Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."* ~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

Jumaat, 12 Ogos 2016

Lencana MuaLanG Semasa Dalam Majlis.

Lencana Ini Akan Dipakai Oleh Ahli-Ahli Mualang Malaysia Ketika Hadir Majlis Yang Dianjurkan. Tujuan Agar Tiada Mana-Mana Individu Yang Menyamar Sebagai Ahli Mualang Malaysia Dan Memudah Urusetia Mualang Malaysia Dalam Mengenalpasti Jumlah Kehadiran Ahli Berdasarkan Jumlah Lencana Ini Dikeluarkan.

Khamis, 11 Ogos 2016

Malaikat Maut.

Malaikat Maut.

Nabi Adam a.s memohon kepada Allah swt untuk melihat rupa sebenar Malaikat Maut. Allah mewahyukan yang baginda tak mampu melihatnya tetapi Allah menunjukkan rupa Malaikat Maut yang datang kepada para2 nabi dan orang2 soleh. Tatkala melihat rupa Malaikat Maut, terkejutlah Nabi Adam a.s sehingga jatuh pengsan selama 7 hari.

Isnin, 8 Ogos 2016

Gambaran Hari Kiamat

*Gambaran Hari Kiamat !!!*

Mengalir air mata tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini… Astaughfirullah!!!

– Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

– Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

– Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

– Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

– Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

– Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

– Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

– Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

– Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

– Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

– Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

– Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

– Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

– Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

– ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

– Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

– Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

– Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

– Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

– Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

– Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

– Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

– Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

– Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

– Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

– Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

*RENUNG²KAN LAH*
*MENUNG²KAN LAH*
*FIKIR²KAN LAH*
_bagaimana keadaan aku ketika itu??_

Ahad, 7 Ogos 2016

INFO KEMATIAN AYAHANDA DEAN BAI MUAR

Info Terkini.

Makluman Pada 07/08/2016 Jam 0300 Petang Jenazah Ayahanda Din Bai Muar Johor Telah Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Bakri Bt.6 Muar. Kita Doakan Semoga Roh Beliau Dicucuri Rahmat.  Semoga Keluarga Arwah Diberikan Kekuatan Dalam Meneruskan Hidup. Sama-Sama Kita Sedekahkan Al-Fatihah Buat Arwah...

Jumaat, 5 Ogos 2016

SIMTOM-SIMTOM GANGGUAN JIN.

*SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN.*

*JIKA ANDA LEBIH DARI 3 SIMPTON GANGUAN SILA DAPATKAN RAWATAN ISLAM DGN SEGERA CEGAH SEBELUM PARAH*

*Keadaan semasa tidur dan mimpi:*
1. Sukar tidur malam
2. Terlampau banyak tidur atau kerap mengantuk terutama pada waktu-waktu yang dilarang tidur
3. Mimpi melihat binatang berbisa
4. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi
5. Bermimpi kanak-kanak (melihat atau bermain)
6. Bermimpi terbang atau melayang
7. Bermimpi bermain di tempat tinggi atau jatuh dari tempat tinggi
8. Mimpi mengandung atau bersalin
9. Mimpi keturunan yang telah meninggal dunia
10. Bermimpi rumah pusaka
11. Bermimpi di tempat yang kotor
12. Bermimpi lemas dalam air
13. Bermimpi melihat makhluk aneh/menakutkan
14. Mimpi kabus dan ada ancaman
15. Mimpi di kawasan kubur
16. Mimpi di tempat sunyi
17. Mimpi lihat salib/gereja
18. Mimpi bertarung sama ada dengan haiwan atau sesuatu makhluk
19. Mimpi bertemu paderi
20. Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, kapak, parang dan lain-lain
21. Merintih, menangis ketika tidur
22. Terjaga di tengah malam dalam keadaan takut, cemas, terkejut
23. Selalu ditindih ketika tidur
24. Gigi berlaga ketika tidur
25. Ketawa, menangis, menjerit ketika tidur
26. Berdiri/berjalan ketika tidur

*KEJIWAAN  DAN FIKIRAN*
1.Nyanyuk ketika usia lanjut
2.kerap bingung(fikiran menjadi kosong atau melayang tiba2)
3.gila
4.menghadapi masalah skizofrenia atau tekanan mentel(halusinasi atau delusi)
5.was-was sama ada dalam solat,semasa wuduk atau kehidupan seharian.
6.sering lupa bilangan rakaat dalam solat atau lupa dalam banyak perkara.
7.kecelaruan emosi dalam hubungan suami isteri(kerap bertengkar walaupun perkara kecik)
8.panas baran atau degil.
9.rasa benci pada pasangan.
10.sayang melampau-lampau pada org yg baru dikenali.
11.sering teringat pada seseorang.
12.kuat berangan.
13.nafsu sexsual yg melampau.
14.kerap mendengar sesuatu bisikan.
15.mudah terkejut.

*KEHIDUPAN SOSIAL DAN AKTIVITI HARIAN*
1.sikap berubah secara mendadak.
2.sering dapat menduga peristiwa yg berlaku.
3.sering gagal dalam usaha dlm mencari nafkah(rezeki terhalang)
4.terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
5.minat atau tabiat yg pelik dan buruk.
6.masalah sexsual seperti gay dan lesbian.

*IBADAT DAN KEROHANIAN*
1.malas beribadah.
2.lalai daripada mengingatkan Allah.
3.meninggalkan suruhan allah seperti solat,puasa.
4.mengantok ketika berzikir,membaca al-quran,dlm majlis ilmu.

*AKHLAK*
1.sering berprasangka buruk.
2.sering merendah2kan org lain sama ada melalui perkataan atau perbuatan.
3.perfectionist atau sikap yg terlampau cerewet.
4.tindakan atau kelakuan kanak2 yg tidak masuk akal atau melampau.
5.banyak sifat mazmumah dalam diri.

*FIZIKAL:*
1. Sakit kepala atau bahagian tertentu badan terutama selepas waktu asar ke atas
2. Badan terasa berat dan malas
3. Sukar mendapat jodoh
4. Badan terasa bisa-bisa, sakit/lenguh sendi-sendi utama
5. Sakit ketika ziarah orang meninggal
6. Sakit pinggang tanpa sebab
7. Sakit dada bila waktu asar ke atas
8. Ada terasa benda bergerak di bawah kulit
9. Darah haid turun lebih 15 hari (istihadah)
10. Kitaran haid tidak.normal sama ada datang haid
11. Senggugut yang kuat
12. Gangguan sekitar rahim (rasa panas, keras atau rasa dibelit sesuatu)
13. Batuk yang berpanjangan
14. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
15. Kerap keguguran
16. Gagal melakukan hubungan kelamin
17. Pandangan menjadi kabur, rabun
18. Sakit menusuk di.bahagian ulu hati, ari-ari, rusuk
19. Mengantuk bila dengar Al-Quran
20. Mandul
21. Kanser/ketumbuhan/fibroid
22. Seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak
kaki seperti pijak kaca, paku, telur
23. Sawan yang bukan disebabkan demam panas
24. Down syndrome
25. Migrain
26. Gastrik
27. Sakit tulang belakang/belikat
28. Melihat jin secara terus
29. Lihat sesuatu yang pelik semasa jaga
30. Gatal pada kulit terutama pada waktu tertentu seperti malam/tengah hari
31. Demam yang berpanjangan (tak kebah) terutama pada waktu malam

*GANGUAN DIRUMAH*
1. Bunyi guli jatuh di atas syiling
2. Selalu melihat kelibat di rumah
3. Ditindih ketika tidur
4. Tidak dapat tidur atau tersentak ketika tidur
5. Ada kesan lebam pada bahagian tubuh badan
6. Terasa seolah-olah sentiasa diperhatikan
7. Anak-anak kecil kerap menangis seolah-olah takutkan sesuatu
8. Suasana dalam rumah sentiasa 'tegang' (tiada keharmonian dalam rumahtangga)
9. Demam yang berpanjangan, tidak kebah atau demam pada waktu tertentu
10. Malas dalam beribadah atau melakukan amal soleh khususnya di rumah
11. Adakalanya, jin/syaitan akan menghadirkan dalam mimpi memaklumkan bahawa ia mendiami kediaman tersebut
12. Nyalaan api atau perkara pelik di dalam rumah
Simptom-simptom Gangguan Jin di Rumah / Premis Perniagaan

*Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka atau Lintasan) di Rumah atau Premis Perniagaan (kedai, pejabat dll) berkenaan:*
1. Bau wangian / kemenyan / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
2. Bayi kerap menangis bila berada dalam rumah / premis perniagaan
3. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya
4. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
5. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
6. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
7. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
8. Bunyi pasir / benda berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
9. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
10. Kedai / Pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan / seperti tidak beroperas
i
11. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
12. Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi
13. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
14. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
15. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
16. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
17. Rasa resah gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah / premis perniagaan
18. Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah / premis perniagaan
19. Selalu melihat kelibat / bayangan di dalam rumah / premis perniagaan
20. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
21. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
22. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
23. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
24. Suhu di dalam rumah / premis perniagaan terasa aliran bahang panas
25. Tanda lebam pada anggota badan
26. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
27. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
28. Terasa bahu ditepuk dari belakang
29. Terasa terkena renjisan air
30. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat
dan sebagainya lagi...

*��PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakini untuk mendapatkan ikhtiar rawatan. Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius. Wallahua'lam*

Isnin, 1 Ogos 2016

Koleksi Gambar di Majlis Rumah Terbuka MUALANG MALAYSIA

Pelbagai gambar ahli-ahli Pertubuhan Mualang Malaysia di Majlis Rumah Terbuka 2016.

RUMAH TERBUKA HARI RAYA BERSAMA ANAK YATIM 2016

MAJLIS RUMAH TERBUKA ANJURAN PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA PADA 30/07/2016 BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DI KELAB GOLF TJG HARAPAN PELABUHAN KLANG SELANGOR.
TERIMA KASIH KEPADA AHLI-AHLI DARI PELBAGAI ETNIK MELAYU, CINA, INDIA DSBNYA YANG HADIR MERAIKAN MAJLIS INI DENGAN JAYANYA.

MAJLIS MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG MALAYSIA DI KLANG SELANGOR PADA 30-08-2019 @ 09:00 MALAM.

MAJLIS MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG MALAYSIA DI KLANG SELANGOR PADA 30-08-2019 @ 09:00 MALAM. TURUT HADIR WAKIL AHLI-AHLI MUALANG DARI ME...