Sabtu, 30 Julai 2016

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN MUALANG MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT TERBILANG MALAYSIA 

FASAL 1 NAMA 

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT TERBILANG MALAYSIA Selepas ini disebut "Pertubuhan". 

(2) Takrif Nama: MUALANG MALAYSIA 

(3) Bertaraf : Kebangsaan 

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah 

TINGKAT 20, WISMA MPL, JALAN RAJA CHULAN, 50200 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 

dan alamat untuk surat-menyurat adalah 

TINGKAT 20, WISMA MPL, JALAN RAJA CHULAN, 50200 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; 

2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. 

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT 

Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut: 

1. Menegak dan memperjuangkan syiar islam iaitu agama rasmi sesuai dengan ajaran al-quran dan al-hadis serta menwujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada ke bawah duli yang maha mulia yang dipertua agong, sultan-sultan, dan raja-raja melayu, kerajaan dan pemerintah dan mematuhi perlembagaan dan prinsip-prinsip rukun negara.

2. Membentuk anak bangsa pelbagai etnik dan budaya ke arah yang bermoral dan beriktikaf kepada agama, bangsa dan negara serta menganjurkan pelbagai kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli serta masyarakat malaysia dan juga menjana ekonomi di dalam pertubuhan ini. 

3. Memupuk disiplin diri, kepimpinan dan kecergasan fizikal di kalangan ahliahli serta menggalakkan ahli-ahli mengisi waktu lapang mereka dengan kegiatan yang lebih berfaedah dan bermanfaat. 

4. Menwujudkan hubungan etnik yang bersatu padu tanpa mengira agama, bangsa, budaya dan sebagainya dalam menjadikan sebuah negara malaysia yang lebih harmoni serta menjalankan pelbagai aktiviti sosial yang berfaedah di peringkat cawangan, daerah, negeri dan kebangsaan. 

5. Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan, memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan menganjurkan program dan aktiviti kesihatan dengan tujuan melahirkan masyarakat yang sihat. 

6. Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan negara, memupuk nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dan orang-orang dewasa bagi melahirkan generasi yang berhemah tinggi dan menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri. 

FASAL 4 KEAHLIAN 

1. Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut: 

A. AHLI BIASA 

i. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia 
ii. Umur Minima : 18 tahun 
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia 
iv. Keturunan : 
v. Jantina : 
vi. Agama : 
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada 

B. AHLI BERSEKUTU 

Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa. 

C. AHLI KEHORMAT

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. mereka ditentukan oleh jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran. 

D. AHLI SEUMUR HIDUP 

Terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran sekaligus. 

E. AHLI REMAJA 

Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam pertubuhan. 

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat. 

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

FASAL 22 LARANGAN 

1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di premis pertubuhan. 

2. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. 

3. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama pertubuhan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. 

4. “Faedah” seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah boleh diberi oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

5. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil daripada penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji dan perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan. 

6. Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat. 

FASAL 23 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 

1. Bendera Keterangan : 

Warna Merah - Melambangkan Kekuatan Dan Keberanian. 

Warna Hitam - Melambangkan Perlindungan Dan Ketegasan. 

2. Lambang Keterangan : 

Pedang - Melambangkan Keberanian Dan Disiplin Ahli Kepada Pertubuhan Ini. 

Sayap - Mengamalkan Sifat Perpaduan Dan Keadilan Tidak Mengira Jenis Etnik Dalam Pertubuhan Ini. 

Gengaman Tangan - Mengamalkan Sikap Kerjasama Tanpa Mengira Kaum, Agama, Darjat, Harta Dan Pangkat. 

Tulisan Jawi Kiri Dan Kanan - Merupakan Tulisan Mualang Dalam Terjemahan Jawi. 

Tiga Bintang Kiri Dan Kanan - Melambangkan Tiga Etnik Terbesar Di Malaysia Iaitu Melayu, Cina Dan India.

Sekian Ringkas Info.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJLIS MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG MALAYSIA DI KLANG SELANGOR PADA 30-08-2019 @ 09:00 MALAM.

MAJLIS MINUM SANTAI AHLI-AHLI MUALANG MALAYSIA DI KLANG SELANGOR PADA 30-08-2019 @ 09:00 MALAM. TURUT HADIR WAKIL AHLI-AHLI MUALANG DARI ME...